Pengampunan Dan Pendamaian
Pengampunan dan pendamaian adalah sebahagian daripada kerohanian dan budaya masyarakat Melayu-Islam. Budaya Melayu yang mengutamakan budi pada kedudukan yang tinggi diperkayakan lagi dengan konsep ‘salam’ yang dibawa oleh Islam, yang bermaksud kedamaian, keselamatan dan kesejahteraan dan boleh diesktrapolasikan kepada maksud pendamaian dan semangat kekitaan. Semasa sambutan Hari Raya, amalan meminta maaf dengan mencium tangan orang yang lebih tua, dan pengucapan ‘Maaf Zahir Batin’, tepat sekali dengan konsep pengampunan Islam. Melalui pengampunan seseorang Muslim disucikan daripada dosa, perasaan bersalah dan keterhutangan, supaya dapat beribadah dengan lebih sempurna dan memperoleh pahala. Keupayaan seseorang untuk memaafkan orang lain bergantung kepada tahap keimanan seseorang.
Saya berasa bahawa kita perlu menyedari bahawa hubungan kemasyarakatan adalah elemen utama dalam kebudayaan orang Asia. Pendamaian dan pengampunan adalah nilai yang wujud daripada konsep ketaatan, iaitu ketaatan seseorang kepada ibubapa atau orang yang lebih tua. Apabila seseorang gagal memuaskan hati orang tuanya, seseroang dianggap melakukan kesalahan, dan memerlukan pengampunan. Walaupun pengampunan dan pendamaian yang lebih bersifat hirarki ini mungkin tidak berlaku dalam semua perhubungan, tetapi ia masih merupakan konstruk sosial dalam banyak masyarakat Asia.
Pengampunan, pendamaian dan saling berbalas, sesama individu yang mempunyai taraf sosial yang sama, walaupun tetap penting, tetapi kurang ditekankan. Kedatangan nilai-nilai keIslaman dan Kristiani yang lebih egalitarian (persamaan taraf), saya rasa telah mewujudkan konsep pengampunan sesama individu yang setaraf.
Bagaimanakah Orang Kristian Menghadapi Konsep Pengampunan?
Perspektif Kristian dalam dosa peribadi, yang memerlukan keinsafan, pengampunan Ilahi dan sesama manusia telah memperkayakan lagi pengalaman orang Asia dalam pengampunan dan pendamaian. Ramai orang Kristian Asia, setelah mencapai keinsafan yang sejati dan bertaubat daripada kehidupan berdosa yang lalu, telah mencari pendamaian dengan orang tua mereka, saudara-mara, sahabat handai dan ahli masyarakat yang lain. Kuasa transformasi pengampunan dan pendamaian Kristiani bukan sahaja telah mengubah hubungan sesama individu, tetapi mengubah hubungan intra-komuniti dan antara-komuniti. Contohnya, budaya memburu kepala dan perbalahan intra-komuniti dalam beberapa suku kaum di Borneo telah ditransformasikan oleh kuasa Injil. Dalam beberapa tahun lepas, saya teringan seorang bekas Along dan ketua samseng, yang setelah bertaubat dan percaya pada Kristus, telah mencari pengampunan dan pendamaian yang sejati daripada bekas mangsa-mangsa bulinya.
Ajaran Kristus
Nilai pengampunan dan pendamaian adalah selaras dengan ajaran Kristus, contohnya dalam Doa Tuhan, “ampunilah dosa kami seperti kami mengampuni orang yang berdosa keatas kami”, di samping saranan Kristus untuk memaafkan saudara kita “tujuh puluh tujuh kali”, Khutbah di atas Bukit dan sebagainya. Kesemua ini menunjukkan pentingnya nilai tersebut dalam hubungan kita dengan Tuhan dan sesama manusia. Dalam kehidupan-Nya dan banyak perbuatan simbolik-Nya seperti bergaul dengan orang ‘berdosa’ dan pengutip cukai, tidak merejam penzina, menunjukkan belas kasihan kepada pelacur-pelacur, dan minum air daripada wanita Samaria (kaum yang dikeji), Yesus telah menunjukkan nilai kasih kurnia yang tidak bersyarat, dan pengampunan yang percuma, tanpa meminta balasan.
Baginda berkata, “Jika engkau hanya mengasihi orang yang mengasihi engkau, apakah hebatnya kasih engkau? Malah orang jahat pun akan mengasihi orang yang mengasihi mereka! Dan jika engkau berbuat baik kepada orang yang berbuat baik kepada engkau, apakah hebatnya perbuatan engkau? Orang jahat pun berbuat begitu!”.
Mungkin dengan lebih mengutamakan penggunaan Bahasa Malaysia dalam hubungan seharian dan perpaduan, serta mendedahkan diri dengan bahasa dan budaya kaum-kaum yang lain, dapat mendekatkan lagi jurang perbezaan budaya dan sosial antara kaum. Gereja-gereja perlulah menjadi tempat di mana hubungan silaturahim dapat dipupuk dan disemai. Gereja-gerejalah yang perlu menjadi tempat untuk menggalakkan interaksi pelbagai kaum. Gereja perlulah menjadi tempat dimana diskriminasi kaum ditentang dan kepelbagaian budaya diterima. Gereja perlulah menjadi cahaya dan membawa perubahan kepada masyarakat disekelilingnya. Gereja perlulah menjadi pusat dialog antara agama dan kebudayaan. Gerejalah tempat di mana mesej kedamaian dan pengampunan, kasih dan harapan dikhutbahkan.
Saya berasa bahawa kita perlu menyedari bahawa hubungan kemasyarakatan adalah elemen utama dalam kebudayaan orang Asia. Pendamaian dan pengampunan adalah nilai yang wujud daripada konsep ketaatan, iaitu ketaatan seseorang kepada ibubapa atau orang yang lebih tua. Apabila seseorang gagal memuaskan hati orang tuanya, seseroang dianggap melakukan kesalahan, dan memerlukan pengampunan. Walaupun pengampunan dan pendamaian yang lebih bersifat hirarki ini mungkin tidak berlaku dalam semua perhubungan, tetapi ia masih merupakan konstruk sosial dalam banyak masyarakat Asia.
Pengampunan, pendamaian dan saling berbalas, sesama individu yang mempunyai taraf sosial yang sama, walaupun tetap penting, tetapi kurang ditekankan. Kedatangan nilai-nilai keIslaman dan Kristiani yang lebih egalitarian (persamaan taraf), saya rasa telah mewujudkan konsep pengampunan sesama individu yang setaraf.
Bagaimanakah Orang Kristian Menghadapi Konsep Pengampunan?
Perspektif Kristian dalam dosa peribadi, yang memerlukan keinsafan, pengampunan Ilahi dan sesama manusia telah memperkayakan lagi pengalaman orang Asia dalam pengampunan dan pendamaian. Ramai orang Kristian Asia, setelah mencapai keinsafan yang sejati dan bertaubat daripada kehidupan berdosa yang lalu, telah mencari pendamaian dengan orang tua mereka, saudara-mara, sahabat handai dan ahli masyarakat yang lain. Kuasa transformasi pengampunan dan pendamaian Kristiani bukan sahaja telah mengubah hubungan sesama individu, tetapi mengubah hubungan intra-komuniti dan antara-komuniti. Contohnya, budaya memburu kepala dan perbalahan intra-komuniti dalam beberapa suku kaum di Borneo telah ditransformasikan oleh kuasa Injil. Dalam beberapa tahun lepas, saya teringan seorang bekas Along dan ketua samseng, yang setelah bertaubat dan percaya pada Kristus, telah mencari pengampunan dan pendamaian yang sejati daripada bekas mangsa-mangsa bulinya.
Ajaran Kristus
Nilai pengampunan dan pendamaian adalah selaras dengan ajaran Kristus, contohnya dalam Doa Tuhan, “ampunilah dosa kami seperti kami mengampuni orang yang berdosa keatas kami”, di samping saranan Kristus untuk memaafkan saudara kita “tujuh puluh tujuh kali”, Khutbah di atas Bukit dan sebagainya. Kesemua ini menunjukkan pentingnya nilai tersebut dalam hubungan kita dengan Tuhan dan sesama manusia. Dalam kehidupan-Nya dan banyak perbuatan simbolik-Nya seperti bergaul dengan orang ‘berdosa’ dan pengutip cukai, tidak merejam penzina, menunjukkan belas kasihan kepada pelacur-pelacur, dan minum air daripada wanita Samaria (kaum yang dikeji), Yesus telah menunjukkan nilai kasih kurnia yang tidak bersyarat, dan pengampunan yang percuma, tanpa meminta balasan.
Baginda berkata, “Jika engkau hanya mengasihi orang yang mengasihi engkau, apakah hebatnya kasih engkau? Malah orang jahat pun akan mengasihi orang yang mengasihi mereka! Dan jika engkau berbuat baik kepada orang yang berbuat baik kepada engkau, apakah hebatnya perbuatan engkau? Orang jahat pun berbuat begitu!”.
Mungkin pengampunan yang teragung telah tertunjuk melalui korban Kristus di atas salib untuk menebus dosa kita, walaupun kita tidak layak menerima pengampunan itu. Itulah impak hidup terbesar bagi banyak daripada kita. Bertentangan dengan budaya ketaatan hirarki Asia di mana kita terpaksa meminta keampunan daripada orang yang lebih tinggi kedudukannya daripada kita, Tuhan Yesus yang menduduki kedudukan tertinggi sebaliknya telah mengorbankan diri-Nya dan mengampuni kita, tidak mengira kita layak menerima pengampunan itu mahupun tidak.
Walaupun Tuhan yang lebih hebat dan agung dalam hubungan-Nya dengan manusia, boleh sahaja mengabaikan manusia, Dia sanggup mengurniakan keredhaan-Nya kepada kita dan tidak meminta apa-apa balasan.
Oleh sebab itulah, kita menawarkan pengampunan dan pendamaian kepada orang lain meskipun orang lain tidak membalasnya, ataupun membalasnya dengan kejahatan sekalipun. Kata-kata Kristus, “Jika seseorang menampar pipi anda, berikanlah dia pipi belah yang satu lagi”.
Kita mendapat pengampunan percuma daripada Tuhan. Oleh itu, kita juga memberikannya secara percuma, walaupun apapun akibatnya.
Seperti Kristus yang memberikan hidup-Nya secara percuma, meskipun ini akan mengorbankan nyawa-Nya sendiri.
Amazing love, how can it be?
That Thou my God should die for me?
Bagaimanakah kita membawa mesej pengampunan dan pendamaian?
Sebagai masyarakat yang telah ditahbiskan oleh kasih dan pengampunan Tuhan, kita sebagai umat Kristian perlulah membawa mesej pengampunan dan pendamaian ini dalam masyarakat umum di sekeliling kita, sebagai cahaya dan garam kepada dunia ini. Sebagai umat yang memahami betapa manisnya nilai pengampunan dan pendamaian, kita perlulah menghidupkan nilai ini dalam hidup kita.
Kita perlulah menjadi individu yang sedia memaafkan dan meminta maaf daripada orang lain, tanpa berasa bongkak, takbur atau menunding jari. Kita perlulah mengelakkan diri daripada konflik sesama individu dan komuniti, sebaliknya memainkan peranan sebagai pendamai.
Yesus sendiri telah berkata “Berbahagialah orang yang membawa damai di antara manusia; Allah akan mengaku mereka sebagai anak-anak-Nya!”
Dalam konteks Malaysia, orang-orang Kristian perlulah menjadi agen kepada perpaduan kaum dan agama di Negara kita. Kita perlulah mengambil langkah yang proaktif untuk menjalinkan hubungan silaturahim dan hubungan mesra antara kaum, lebih daripada hubungan ‘superficial’ (secara kulit sahaja). Kedamaian bukan sahaja perlu dilihat daripada aspek ketiadaan konflik semata-mata, tetapi perlulah dinilai dari segi ikatan silaturahim, semangat kekitaan dan kematangan social dalam satu-satu komuniti tersebut.
Gereja-gereja tempatan dan individu-individu perlulah terlibat secara aktif untuk melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan dan kerja-kerja sosial, seperti dalam Rukun Tetangga dan Persatuan-persatuan penduduk. Kita perlulah menjadi masyarakat yang peka terhadap golongan yang susah dan memerlukan tanpa mengira kaum ataupun agama, menjadi suara mereka untuk meluahkan penderitaan mereka, dan menjadi tangan mereka untuk membantu mereka secara fizikal dan spiritual.
Kita perlulah insaf daripada mempunyai prejudis perkauman secara langsung dan tidak langsung, yang telah diturunkan oleh ibubapa kita dan masyarakat di sekeliling kita, dan memupuk komunikasi yang lebih mendalam antara satu sama lain. Pembahagian dan polarisasi kaum perlulah ditentang sekeras-kerasnya oleh masyarakat Kristian, dan ibubapa Kristian haruslah menggalakkan anak-anak mereka bergaul dengan anak-anak daripada kaum yang lain semenjak kecil lagi.

Comments
Post a Comment