Posts

Showing posts from 2011

Tuhan kepada yang Miskin

Image
Keindahan untuk keburukan, Harapan untuk kekecewaan, Tuhan, dalam penderitaan-Mu, Inilah doa kami, Roti untuk kanak-kanak, Keadilan, kegembiraan, keamanan, Dari fajar sehinggalah senja, Kerajaan-Mu bertambahlah Pelindung kepada orang-orang lemah, Penawar kepada penyakit mereka, Kerja kepada seniman-seniman, Rezeki kepada kemahiran-kemahiran mereka, Tanah kepada pelarian-pelarian, Hak-hak untuk orang-orang yang lemah, Suara-suara untuk memperjuangkan nasib, Orang-orang yang tidak dapat bersuara, Tuhan kepada yang miskin, Sahabat kepada yang lemah, Berikanlah kami belas kasihan, kami doakan, Leburkanlah hati kami yang sejuk, Biarlah tangisan seperti hujan, Marilah, ubahlah kasih kami, Daripada api kecil kepada api besar, Perlindungan daripada perang yang kejam, Syurga-syurga daripada ketakutan, Bandar-bandar untuk perlindungan, Kebebasan untuk dikongsikan, Keamanan untuk semua padang pembunuhan, Tanah gersang jadilah hijau...

Pandangan Dunia Kristian

Image
Pendahuluan Banyak orang Kristian mungkin biasa dengan kata-kata Paulus dalam Efesus 6:10-13. Namun demikian banyak juga yang gagal memahami erti sebenarnya pemikiran Paulus ini. Kehidupan Kristian melibatkan kita dalam suatu peperangan, oleh kerana itu kita diminta untuk mengenakan seluruh perlengkapan senjata Allah; namun kita cenderung berfikir bahawa perang itu hanyalah dalam dimensi spiritual dan moral. Memang perang itu bersifat spiritual dan moral, tapi perang disini lebih daripada sekadar itu, ada perang lain seperti segi intelektual. Ini adalah suatu peperangan di dalam idea-idea, teori-teori, praandaian-praandaian dan konsep nilai. Dunia telah menipu dan menekan kita, sehingga tanpa disedari, kita tidak lagi boleh berfikir tentang pelbagai perkara dari pandangan Kristian dan menerima sahaja andangan yang disogokkan kepada kita. Dalam peperangan ini, kita tidak boleh kalah. Oleh sebab itu kita akan belajar hal-hal ini dalam sesi ini. Wawasan Dunia: Setiap manusia membawa sebu...

Bapa-bapa Gereja

Image
"Salah satu teks daripada Alkitab yang saya gemari adalah Ibrani 11, bab yang hebat tentang iman. Untuk menggalakkan pengikut-pengikut Kristian awal untuk berlari dalam perlumbaan dihadapan mereka dikala cabaran-cabaran luaran dan dalaman (contohnya 10:32-39 and 5:11-6:12), penulis buku Ibrani bukan sahaja menunjukkan kekuasaan Kristus dalam segala keindahan dan kedaulatannya, tetapi juga mencabar mereka untuk terus bertahan seperti para anbiya sebelum mereka. Dengan menamakan banyak nabi-nabi dalam Perjanjian Lama yang bukan sahaja percayakan perjanjian Tuhan yang berpusatkan Kristus, tetapi juga telah bertindak berdasarkan janji tersebut meskipun Tuhan Yesus Kristus masih belum muncul, penulis Ibrani mencabar umat Kristian untuk percayakan Firman Tuhan dan mendasarkan kehidupan mereka kepada apa yang sekarang telah dipenuhi oleh Kristus. Umat Kristian dicabar untuk terus bertahan ke akhir hayat. Dengan itu walau apa jua rintangan yang mendatang, orang-orang salih perlu mem...

Makna Hari Krismas

Image
Apakah makna Krismas sebenarnya? Setiap tahun umat Kristian merayakan Krismas. Mungkin ada di antara orang-orang percaya merayakan Krismas kerana ianya adalah satu amalan tradisi dari dahulu kala. Krismas memang manjadi kebiasaan majoriti Kristian di seluruh dunia sejak ia dimulakan pada akhir abad ke-4 Masihi. Untuk 300 tahun pertama umat Kristian dari zaman rasul-rasul, Krismas tidak dirayakan kerana ianya bukan satu perintah Tuhan dalam Alkitab dan juga tiada manusia yang tahu tarikh kelahiran Yesus Kristus. Saya percaya ini adalah kerana Tuhan Yesus tidak mahu manusia terlalu mengheboh-hebohkan tarikh kelahirannya. Yang penting adalah Yesus telah lahir ke dalam dunia untuk menjadi Penyelamat umat-Nya (Mat 1:21). Yang menyelamatkan umat manusia bukanlah kelahiran-Nya tetapi kematian-Nya di atas kayu salib untuk menebus manusia dari dosa. Itulah sebab Jemaat Awal tidak merayakan Krismas tetapi merayakan satu perayaan yang penting dalam Perjanjian Batu iaitu Perjamuan Kudus y...

Pengampunan Dan Pendamaian

Image
Pengampunan dan pendamaian adalah sebahagian daripada kerohanian dan budaya masyarakat Melayu-Islam. Budaya Melayu yang mengutamakan budi pada kedudukan yang tinggi diperkayakan lagi dengan konsep ‘salam’ yang dibawa oleh Islam, yang bermaksud kedamaian, keselamatan dan kesejahteraan dan boleh diesktrapolasikan kepada maksud pendamaian dan semangat kekitaan. Semasa sambutan Hari Raya, amalan meminta maaf dengan mencium tangan orang yang lebih tua, dan pengucapan ‘Maaf Zahir Batin’, tepat sekali dengan konsep pengampunan Islam. Melalui pengampunan seseorang Muslim disucikan daripada dosa, perasaan bersalah dan keterhutangan, supaya dapat beribadah dengan lebih sempurna dan memperoleh pahala. Keupayaan seseorang untuk memaafkan orang lain bergantung kepada tahap keimanan seseorang. Saya berasa bahawa kita perlu menyedari bahawa hubungan kemasyarakatan adalah elemen utama dalam kebudayaan orang Asia. Pendamaian dan pengampunan adalah nilai yang wujud daripada konsep ketaatan, iaitu ketaat...